Thursday, January 12, 2012

19- dugaan

selalu orang2 tua cakap..jangan bertunang lama2..waktu bertunang ni banyak dugaan..

ya, saya akui..di awal2 pertunangan kami,kami diuji..rasanya apa ujian yang kami hadapi tu tak perlulah saya ceritakan disini..tapi ujian ini benar2 menguji hati..menguji kesabaran..menguji perasaan saya..
http://www.emocutez.com 
begitu juga si dia..dugaan dan ujian ni sedikit sebanyak menguji kesediaan si dia untuk menjadi pendamping sehidup semati saya..

bila hubungan kita diuji mesti kita akan rasa ragu2..ragu2 dengan pilihan yang dah dibuat..untuk berpatah balik pastinya mengecewakan orang sekeliling dan yang paling kecewa adalah hati sendiri..saya selalu cuba mahu bersifat positif..tapi, saya masih manusia biasa ..lemah dan rasa tidak berguna bila ketika kita sedang mencuba sehabis baik, tetapi ada orang lain yang mengambil mudah dan tidak menghiraukan perasaan..
http://www.emocutez.com
bila fikir benda yang bukan2 dan membayangkan perhubungan yang tak kesampaian, saya istighfar banyak2..ini baru sikit dugaan yang Allah nak uji..dugaan selepas perkongsian bersama pasti lebih menguji jiwa raga..saya harus kuatkan semangat..bina semula kasih sayang dan percaya..setiap orang tak sempurna..tak dapat lari dari kesalahan..dan rasanya tak salah memaafkan dan memberi peluang..buang yang keruh dan ambil semula yang jernih..lega hati bila memaafkan..rasa macam beban perasaan terlepas..
http://www.emocutez.com
dugaan dan ujian ni walaupun asalnya menyakitkan tapi selepas tolak ansur dan perbincangan dari hati ke hati membuatkan saya rasa lebih tenang dan lebih yakin dengan pilihan yang dibuat..betul lah selalu orang kata, setiap ujian yang Allah beri pada kita..ada hikmahnya..kita akan lebih sedar, lebih dekat padaNya..

Doa pengikat kasih dan menyatukan kesefahaman 



"Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang, 

dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan 

serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, 

jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin 

dan limpahkanlah kepada kami keberkatan 
baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami 
dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat 
lagi Maha Penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu 
serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami" 



Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud






p/s: baru perasan, baju merah yang emoticon tu pakai ada tulis nama encik tunang, wan..huahua..comel juga!  
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

4 comments:

(●*∩_∩*●) said...

Cik dila yang terbaik di abad ini,

jgn cedih2 ye..adat la tu time tunang..nnti kalu lepas kawin baru jadi, lagi haru kan?? abaikan aje perasaan tu sume..

su pun selalu je jadi perkara2 yg menegangkan urat leher ni..tp kejap je sbb dah janji kalu nak marah, nak merajuk BOLEh tp sebelum esoknye mesti dah okey..so, the relationship goes smoothly!~ Alhamdulillah :)

B2B yang baru balik dari bertapa kat gunung~~ haha

aiznu said...

Perkara yg baik selalu diganggu dgn syaitan yg suka menghasut untuk meruntuhkan kebahgian itu.. so tabahkan hati mu menempuh hidup ini :)

dila v(^_^)v said...

su, bgsnya deal mcm tu..mksdnya x boleh la nk mrajuk lama2 kan..hihi..

wah, balik bertapa ye..nak souvenir dari gunung tu..huahua..nak mintak semangat buat research su..tgh mls ni..sob2

dila v(^_^)v said...

aiznu..saya akan sentiasa cuba bertabah.. :)

 

JOURNEY of c.h.e.n.t.a Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template