Thursday, April 19, 2012

37- Tutorial DIY Rose Paper Flower

11 comments
ingat lagi tak saya tunjuk rose paper flower yang saya buat dulu ni..harini rasa nak buat entry tutorial buat paper flower tu lah..thanx kepada cik photographer, housemate tersayang.. end namanya..yang tolong snap2 gambar..jasamu ku kenang..hehe

ok. lets begin the tutorial.

Bahan-bahan:
1.kertas 4 helai
2.gunting
3.gam
4.kesabaran (sabar ye..nak diy kena sabar..hehe)

Cara-cara:
1. lipat kertas A4 kepada 4 bahagian..lepastu lipat macam nak buat kapal terbang tu..sori kalau gambar kejap gelap, kejap terang..tengah test2 flash :)




2. lakar kat kertas tu macam dalam gambar..pastu potong lakaran tu..




3. Siapkan untuk 4 helai kertas. kalau saya, lepas lipat2 tu saya tekap je lakaran tu..so, nanti bunga kita akan sama saiz..


ni hasil keempat2 helai kertas yang da siap dipotong
4. Ambil helaian pertama kertas yang da siap potong tu..buang satu bahagian dari 8 bahagian. untuk helaian kedua potong 2 bahagian..untuk helaian ketiga potong 3 bahagian dan untuk helaian keempat potong 4 bahagian.

so, nanti bunga2 tu akan ada yang 7 bahagian/kelopak, 6 bahagian, 5 dan 4 bahagian. Baki yang dah potong tu, korang jadikan untuk 3 dan 2 bahagian. kalau tak faham, tengok gambar dan cuba fahamkan apa yang saya bebel2 ni..haha..



untuk 1 bahagian tu abaikan..kita guna sampai yang 2 bahagian je

5. Gulungkan ujung bahagian bunga tadi..yela,kelopak bunga ros kan ada tergulung2 sikit kan..boleh gulungkan tu guna pen atau ape jenis benda yang sama waktu dengannya..semua sekali kita gulung hujungnya ye..gulung elok2..jangan sampai koyak ^_^


6. Gamkan hujung kertas yang kita buangkan bahagian tu..dah gam, kita cantumkan..

gam dan cantum semua bahagian ye..




inilah hasilnya lepas dah cantum dan gam semua bahagian kertas tadi..dah jadi la bunga yang ada 7,6,5,4,3 dan 2 kelopak.
7. lubangkan hujung kelopak macam dalam gambar..lubangkan yang untuk 7 kelopak tu..lepastu ambik kelopak yang ada 6, gamkan atas kelopak yg 7 tu..ulang2 untuk semua kelopak..

 step ni paling susah nak explain. tengok gambar dan cuba fahamkan ye..kalau tak faham, tenung puas2 gambar tu sampai faham..hehe





8. Lepas da cantum2 semua kelopak, kemas2kan gam..gam elok2 ye biar semua kelopak terlekat..nak senang guna gam uhu..tapi sebab gam uhu saya lupa letak mana, saya guna gam biasa je.. 

TADAAAAAA..inilah hasilnya...


Pesanan penaja:

1. Jenis kertas untuk buat paper flower ni bergantung pada diri sendiri..nak guna kertas biasa pon boleh..nak guna kertas yang tebal sket pon boleh..untuk 1st time buat saya cadangkan guna kertas biasa je.lagi senang nak bentuk.

2. Kalau malas nak buat banyak2 kelopak, boleh kurangkan kelopak ikut suka masing2. yang penting masa susun dan gam tu, kelopak yang banyak dekat bawah, kelopak yang sikit bahagian atas,

3. Untuk bahagian dalam sekali, bunga yang 2 kelopak tu, pusing la ikut suka hati..kalau nak gam cantum je memang tak cantik. so pandai2 korang la lipat bagi dapat kelopak dalam yang cantik.

4. Saiz paper flower ni bergantung pada korang..kalau nak buat besat, guna lah kertas yang besar..kalau nak bunga yang comel2 kecik, guna kertas yang kecik ye.

5. Nak buat rose paper flower ni memang senang je. cuma kena sabar banyak sebab leceh jugak..

Ok..rasanya da selesai entry untuk tutorial DIY rose paper flower. harap2 tutorial ni dapat membantu ye..kalau nak tanya pape, boleh tanya ^_^

Last but not least..SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, April 11, 2012

36- First Blog Giveaway: Guestbook

0 comments
yeah2..saya nak join shareyourlovewithcards guestbook giveaway..

ni contoh guestbooknya..cute kan..kan..kan..
meh ramai2 b2b join giveaway ni..mana tau ada rezeki kan.. ^_^  sape2 nak join klik sini k..

35- penyatuan 2 hati

2 comments
tajuk nak jiwang2 kan..haha..padahal sebenarnya nak bagitau yang kami da tetapkan tarikh untuk majlis kami nanti..famili of course suruh buat time cuti sekolah..lepas discus dengan dua2 belah family kami decide 15/12/12 untuk mjlis di rumah saya dan 16/12/12 untuk majlis rumah si dia..rumah kami dekat2 je..so, sebab tu boleh nak buat majlis sebelah2 hari sebab tak payah la adik beradik dan sedara mara nak balik kampung banyak2 kali..jimat kan.. :)

time borak2 kosong dengan abah, abah suggest suruh buat 12/12/12..eh..eh..boleh tahan jugak abah ni..siap nak buat time tarikh2 cantik..abah saya kata nikah 12/12/12..time nikah tu famili si dia datang mana yang ada je..siap cakap kalau si dia datang sorang dengan bawak saksi sorang je pon boleh..huhu..lepas saya fikir2, best jugak kan..dapat tarikh cantik and xdelah rushing nak nikah n sanding hari yang sama..saya pon bagitau kat family si dia..diorang nampak macam setuju..hehe..so, tunggu jela nanti discussion detail macam mana..kalau semua setuju memang 12/12/12 insyaAllah akan menjadi tarikh keramat kami..yeayyy.. *gedik tak sabar nak kawen..hehe..

tarikh kawen dah decide tapi preparation kawen masih malas nak buat..duhhh..ujung bulan ni baru nak pergi kursus kawen..takpe2..buat sikit2 kan..chayokkkk!!

saje nak letak pic dengan si dia n kawan2..time ni ikut si dia g kenduri kawen..sempat  jalan kat klcc.. :)
 

JOURNEY of c.h.e.n.t.a Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template