Tuesday, December 25, 2012

70- 12.12.12

1 comments
bila saya bagitau orang yang saya akan nikah pada hari rabu, semua orang pelik..tapi bila saya cakap, hari rabu tu ialah 12.12.12..semua orang akan cakap..oooo, patutla nikah hari rabu..nak dapatkan tarikh 12.12.12 tu rupanya..

sebenarnya saya xdela fanatik pada nombor atau tarikh..semuanya secara kebetulan..plan awal memang majlis kami akan berlangsung pada bulan 12 sebab cuti sekolah..kemudian, majlis kami mesti lepas habis peperiksaan SPM sebab anak2 buah si dia ramai yang ambil SPM tahun ni..so, kami pun decide untuk majlis rumah saya pada 15.12.12..majlis bertandang pula memang awal2 lagi si dia bagitau yang majlis bertandang adalah sehari selepas majlis rumah saya..tarikh resepsi dan bertandang memang dah decide, tapi tarikh nikah tak decide lagi..saya tak kisah nak nikah bila2 pon boleh..idea untuk nikah pada 12.12.12 adalah dari abah saya..nak tau macam mana ceritanya? boleh baca entry ini..

alhamdulillah..tarikh 12.12.12 telah menyatukan kami..nervous tak ingat masa nak akad nikah..dengan si dia demam..macam tak percaya pon ada tengok si dia tengah salam dengan tok kadi..waktu tu sebenarnya saya macam blur..sampai adik saya bagi isyarat suruh senyum..bila semua orang cakap 'sah' baru saya macam tersedar..owh, saya da jdi isteri orang.. :) alhamdulillah..lega, memang tak boleh nak cerita..
 
gambar tak banyak..ni yang saya ambil dari kamera adik n kakak saya..boleh la nak share sikit2 kan :)

kedatangan rombongan pengantin lelaki

eh, itu si dia saya..gambar sebelum nikah

tengok tok kadi isi2 borang

muka blurr saya..masa ni rasanya abah sedang bagi kebenaran untuk wakil wali kepada tok kadi..

senyum sikit lepas adik saya suruh..hehe
 
detik itu...

amin..alhamdulillah..



penyerahan mas kahwin
 
akhirnya saya menjadi isteri yang sah kepada Mohd Ridzuan bin Jopri



keluarga baru saya



suami sibuk makan, isteri sibuk pose
 
gambar dengan keluarga saya tiada dalam simpanan..tengah tunggu gambar dari op..sebenarnya ada drama sikit untuk op nikah ni..nanti saya cerita dekat entri lain..

akhir sekali, terima kasih kepada semua ahli keluarga yang banyak membantu menjayakan majlis kami..hanya Allah yang mampu balas budi baik kalian..doakan kebahagian kami dunia dan akhirat ye.. :)



Tuesday, December 18, 2012

69-alhamdulillah

9 comments
alhamdulillah..dengan sekali lafaz saya selamat bergelar isteri kepada Mohd Ridzuan bin Jopri..perasaan sekarang adalah sangat lega..walaupun penaaaaaaaaaaat sangat, (dapat bayangan tak betapa penatnya? hihi) tapi sangat gembira sebab semuanya dah selamat dan berjalan dengan lancar..ada sikit2 gambar..semua dari kamera kawan2..gambar dari op tak dapat lagi..


sebelum nikah.

 

selepas nikah


suami dan isteri


khatam al-quran
 
majlis belah perempuan

naik pelamin

posing sket..hehe
 
majlis belah lelaki
cukup la dulu..nanti dapat gambar best2, saya share lagi.. :)

Thursday, December 6, 2012

68 - Ya Allah permudahkan urusan kami..

7 comments
insyaAllah lagi 5 hari lagi saya akan melangkah ke alam baru iaitu alam rumahtangga dan akan menjadi seorang isteri..perasaan adalah sangat berdebar-debar..takut..gembira..bercampur-campur..
 
persiapan semua secara sederhana..masih ada lagi yang perlu dibuat..nasib baik ada ahli keluarga yang sudi membantu..terkejar-kejar dengan urusan study dan persiapan perkahwinan memang sangat-sangat tertekan..tapi saya cuba buat sehabis baik dan kuatkan hati dan jiwa..namun, menitis juga air mata bila dugaan besar datang ketika beberapa hari lagi sebelum kami diijab kabulkan.. beratnya perasaan dan jiwa nak menanggunya..
 
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..5 hari sebelum kami bakal bersatu kami dikejutkan dengan berita abg si dia di masukkan ke icu kerana heart attack..saya tahu si dia dan seluruh keluarga benar2 risau dan sedih dengan keadaan yang berlaku..hanya doa yang mampu diberikan semoga kesihatan abg si dia kembali pulih..bermula dari proses merisik ke bertunang dan sehingga proses penghantaran wang hantaran, abg si dia la tunggak utamanya..dan saya tahu si dia juga berharap abg turut sama hadir sewaktu lafaz ijab dan kabul nanti..insyaAllah ye sayang..kuatkan semangat..kita sama-sama berdoa semoga abg cepat2 sedar..
 
Ya Allah, permudahkan urusan kami untuk mencari redhaMu..
 

JOURNEY of c.h.e.n.t.a Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template