Tuesday, December 25, 2012

70- 12.12.12

bila saya bagitau orang yang saya akan nikah pada hari rabu, semua orang pelik..tapi bila saya cakap, hari rabu tu ialah 12.12.12..semua orang akan cakap..oooo, patutla nikah hari rabu..nak dapatkan tarikh 12.12.12 tu rupanya..

sebenarnya saya xdela fanatik pada nombor atau tarikh..semuanya secara kebetulan..plan awal memang majlis kami akan berlangsung pada bulan 12 sebab cuti sekolah..kemudian, majlis kami mesti lepas habis peperiksaan SPM sebab anak2 buah si dia ramai yang ambil SPM tahun ni..so, kami pun decide untuk majlis rumah saya pada 15.12.12..majlis bertandang pula memang awal2 lagi si dia bagitau yang majlis bertandang adalah sehari selepas majlis rumah saya..tarikh resepsi dan bertandang memang dah decide, tapi tarikh nikah tak decide lagi..saya tak kisah nak nikah bila2 pon boleh..idea untuk nikah pada 12.12.12 adalah dari abah saya..nak tau macam mana ceritanya? boleh baca entry ini..

alhamdulillah..tarikh 12.12.12 telah menyatukan kami..nervous tak ingat masa nak akad nikah..dengan si dia demam..macam tak percaya pon ada tengok si dia tengah salam dengan tok kadi..waktu tu sebenarnya saya macam blur..sampai adik saya bagi isyarat suruh senyum..bila semua orang cakap 'sah' baru saya macam tersedar..owh, saya da jdi isteri orang.. :) alhamdulillah..lega, memang tak boleh nak cerita..
 
gambar tak banyak..ni yang saya ambil dari kamera adik n kakak saya..boleh la nak share sikit2 kan :)

kedatangan rombongan pengantin lelaki

eh, itu si dia saya..gambar sebelum nikah

tengok tok kadi isi2 borang

muka blurr saya..masa ni rasanya abah sedang bagi kebenaran untuk wakil wali kepada tok kadi..

senyum sikit lepas adik saya suruh..hehe
 
detik itu...

amin..alhamdulillah..



penyerahan mas kahwin
 
akhirnya saya menjadi isteri yang sah kepada Mohd Ridzuan bin Jopri



keluarga baru saya



suami sibuk makan, isteri sibuk pose
 
gambar dengan keluarga saya tiada dalam simpanan..tengah tunggu gambar dari op..sebenarnya ada drama sikit untuk op nikah ni..nanti saya cerita dekat entri lain..

akhir sekali, terima kasih kepada semua ahli keluarga yang banyak membantu menjayakan majlis kami..hanya Allah yang mampu balas budi baik kalian..doakan kebahagian kami dunia dan akhirat ye.. :)



1 comments:

cik mah said...

cntiklah..pink semuanyer..bntl nikah tu sngt cantiklah....

 

JOURNEY of c.h.e.n.t.a Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template