Thursday, December 6, 2012

68 - Ya Allah permudahkan urusan kami..

insyaAllah lagi 5 hari lagi saya akan melangkah ke alam baru iaitu alam rumahtangga dan akan menjadi seorang isteri..perasaan adalah sangat berdebar-debar..takut..gembira..bercampur-campur..
 
persiapan semua secara sederhana..masih ada lagi yang perlu dibuat..nasib baik ada ahli keluarga yang sudi membantu..terkejar-kejar dengan urusan study dan persiapan perkahwinan memang sangat-sangat tertekan..tapi saya cuba buat sehabis baik dan kuatkan hati dan jiwa..namun, menitis juga air mata bila dugaan besar datang ketika beberapa hari lagi sebelum kami diijab kabulkan.. beratnya perasaan dan jiwa nak menanggunya..
 
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..5 hari sebelum kami bakal bersatu kami dikejutkan dengan berita abg si dia di masukkan ke icu kerana heart attack..saya tahu si dia dan seluruh keluarga benar2 risau dan sedih dengan keadaan yang berlaku..hanya doa yang mampu diberikan semoga kesihatan abg si dia kembali pulih..bermula dari proses merisik ke bertunang dan sehingga proses penghantaran wang hantaran, abg si dia la tunggak utamanya..dan saya tahu si dia juga berharap abg turut sama hadir sewaktu lafaz ijab dan kabul nanti..insyaAllah ye sayang..kuatkan semangat..kita sama-sama berdoa semoga abg cepat2 sedar..
 
Ya Allah, permudahkan urusan kami untuk mencari redhaMu..

7 comments:

NURUN said...

semoga urusan dipermudahkan. selamat pengantin baru in advance.

Amalina Ali said...

InsyaAllah. Moga semuanya urusan dipermudahkan olehNya. Amin.

S.U.R.I.A. said...

amin...
insyallah dipermudahakn.....

Diyana said...

semoga semuanya akan OK..
doa byk2 ya (^_^)

dila v(^_^)v said...

Nurun n Suria : t.kasih..amin..smoga semuanya selamat

(●*∩_∩*●) said...

Gud luck dila!~
Semoga dipermudahkan segalanya :D

A ♫ Z ♫ U ♫ R ♫ A said...

selamat pengantin baru dila~ sgt sweet tau...tgk pic dila kat page sue..http://my-wedding-prep.blogspot.com/2012/12/dilas-solemnization-121212.html

 

JOURNEY of c.h.e.n.t.a Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template