Thursday, January 3, 2013

72- kad kahwin murah

1 comments
untuk kad kahwin bagi dua2 majlis rumah saya dan rumah suami, dua2 saya yang setelkan..saya kan b2b budget, so memang seharusnya saya cari kad kahwin yang murah2..dalam entry sebelum ni saya pernah cerita pasal kad kahwin dari Ilham Lagenda..kad Ilham Lagenda boleh tahan murah jugak..nak tau details pasal Ilham Lagenda boleh baca kat sini.
 
untuk kad kahwin saya, saya dapatkan servis dari Galeri Kad Kahwin Aqilsya. kenapa saya pilih Aqilsya? tentulah sebab murah dan dekat dengan rumah saya..menurut cerita owner Galeri Kad Kahwin Aqilsya iaitu Kak Rosnita, Aqilsya adalah hasil gabungan nama anak2 beliau, Aqil dan Sya :)
 
ok, berbalik kepada cerita kad kahwin, Galeri Kad Kahwin Aqilsya menyediakan perlbagai design menarik..pilih saja mana yang berkenan..ini adalah antara design yang ada..

 
 
 
 
 
 
semua gambar saya ambil dari Facebook Galeri Kad Kahwin Aqilsya ye..ada banyak lagi design lain..bukan ada kad kahwin je tau..Tq tag, paper bag, paper box, bunting pon ada..

ini pulak harga untuk kad kahwin ye..


 
Gerai No. 12, Medan Selera Sultan Muhammad,
(Berhadapan Kilang Infineon Technologies),
75150 Batu Berendam,Melaka.

untuk kad kahwin saya, saya design sendiri..saya design simple2 je..asalkan sendiri puas hati kan..seya design guna sedikit skill photoshop yang saya ada..lepas siap design, saya terus hantar untuk print..saya ambil kad yang murah saje..saya ambil kad bersiz 4x9" sebanyak 1000 keping..harga sekeping adalah 23sen..so total hanyalah RM230..kad kahwin untuk majlis bertandang pon sama..so, total cost untuk kad kahwin kami hanya RM460..
 
untuk map saya design guna software Edraw Max..saya explore sendiri je nak guna software ni..rasanya software ni user friendly jugak..just drag and drop je..bawah ni adalah interface software Edraw Max..

source: Edraw Max website
sebenarnya anda2 semua tak perlu pon design sndiri..guna saja design yang disediakan..cuma saya je yang mengada2 nak design lain..sebab tu lah saya design sendiri..rasanya tiada cas untuk design..ape2 hal contact KadKahwin Aqilsya untuk keterangan lanjut ye..

akhirnya..inilah kad kahwin saya yang simple..

 

simple tapi saya suka..yang penting maklumat penting ada untuk memudahkan tetamu datang.. :)

Tuesday, January 1, 2013

71- demam

0 comments
saya risau sangat..my hubby demam panas..dah 2 hari..dah pergi klinik..tapi nampaknya masih sama..bila makan ubat, saya suruh dia tido dan selimutkan badan..badan berpeluh2 dan panas akan hilang sekejap..lepas tu panas datang lagi..risau betul saya..cool fever dah habis berapa paket pon tapi panas tak kebah2 juga..saya google2 untuk tau cara turunkan panas..ada yang kata suruh lumurkan rambut dan kepala dengan air asam jawa..saya dah buat..ada yang kata letakkn kain yang direndam dengan putih telur pada tapak kaki..yang itu belum buat lagi..mungkin kejap lagi boleh buat..
 
pertama kali menjaga suami yang sakit sedikit sebanyak menguji saya..sedih rasanya tengok si dia terbaring tak bermaya..terdetik juga dalam hati..mujur saya ada..kalau saya tiada, kesiannya suami saya terbaring kesakitan sorang2..Ya Allah sembuhkanlah demam suamiku..

source : Google
 
 
 
 
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
 

JOURNEY of c.h.e.n.t.a Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template