Thursday, January 3, 2013

72- kad kahwin murah

untuk kad kahwin bagi dua2 majlis rumah saya dan rumah suami, dua2 saya yang setelkan..saya kan b2b budget, so memang seharusnya saya cari kad kahwin yang murah2..dalam entry sebelum ni saya pernah cerita pasal kad kahwin dari Ilham Lagenda..kad Ilham Lagenda boleh tahan murah jugak..nak tau details pasal Ilham Lagenda boleh baca kat sini.
 
untuk kad kahwin saya, saya dapatkan servis dari Galeri Kad Kahwin Aqilsya. kenapa saya pilih Aqilsya? tentulah sebab murah dan dekat dengan rumah saya..menurut cerita owner Galeri Kad Kahwin Aqilsya iaitu Kak Rosnita, Aqilsya adalah hasil gabungan nama anak2 beliau, Aqil dan Sya :)
 
ok, berbalik kepada cerita kad kahwin, Galeri Kad Kahwin Aqilsya menyediakan perlbagai design menarik..pilih saja mana yang berkenan..ini adalah antara design yang ada..

 
 
 
 
 
 
semua gambar saya ambil dari Facebook Galeri Kad Kahwin Aqilsya ye..ada banyak lagi design lain..bukan ada kad kahwin je tau..Tq tag, paper bag, paper box, bunting pon ada..

ini pulak harga untuk kad kahwin ye..


 
Gerai No. 12, Medan Selera Sultan Muhammad,
(Berhadapan Kilang Infineon Technologies),
75150 Batu Berendam,Melaka.

untuk kad kahwin saya, saya design sendiri..saya design simple2 je..asalkan sendiri puas hati kan..seya design guna sedikit skill photoshop yang saya ada..lepas siap design, saya terus hantar untuk print..saya ambil kad yang murah saje..saya ambil kad bersiz 4x9" sebanyak 1000 keping..harga sekeping adalah 23sen..so total hanyalah RM230..kad kahwin untuk majlis bertandang pon sama..so, total cost untuk kad kahwin kami hanya RM460..
 
untuk map saya design guna software Edraw Max..saya explore sendiri je nak guna software ni..rasanya software ni user friendly jugak..just drag and drop je..bawah ni adalah interface software Edraw Max..

source: Edraw Max website
sebenarnya anda2 semua tak perlu pon design sndiri..guna saja design yang disediakan..cuma saya je yang mengada2 nak design lain..sebab tu lah saya design sendiri..rasanya tiada cas untuk design..ape2 hal contact KadKahwin Aqilsya untuk keterangan lanjut ye..

akhirnya..inilah kad kahwin saya yang simple..

 

simple tapi saya suka..yang penting maklumat penting ada untuk memudahkan tetamu datang.. :)

1 comments:

s h a said...

cantiknye kad kawen tu.harga pon boleh tahan.boleh usha2 ni sebab sha x tempah lg.thanx dear :)

 

JOURNEY of c.h.e.n.t.a Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template